RSS

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

pertanian

Sistem perakauan di Malaysia akan diselarikan  dengan Sistem Laporan Kewangan Antarabangsa  [International Financial Reporting System (IFRS)] apabila Standad Perkaunan Antarabangsa  41 bagi Pertanian [International Accounting Standard 41 - Agruculture (IAS 41)] akan  dilaksanakan pada awal tahun 2012. Tujuan pelaksanaan  IAS 41 ialah untuk mengadakan satu amalan perakaunan  yang sama bagi aktiviti pertanian supaya lebeh telus dan boleh dibanding diantara satu dengan lain.
Pada 22 Oktober, 2009, MPOA telah menganjurkan satu bengkel untuk memberi kesedaran mengenai IAS 41 kepada industri perladangan sawit di Malaysia. Sehingga kini, masih terdapat keraguan dikalangan syarikat perladangan sawit di Malaysia terhadap IAS 41, khususnya mengenai implikasi peraturan perakaunan ini terhadap cara pengurusan dan laporan kewangan bagi  perladangan sawit.
Dalam mesyuarat yang telah diadakan dengan Lembaga Standad Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board- MASB) semenjak tahun 2005, MPOA sentiasa menyatakan bantahan terhadap  pelaksanaan perakaunan  IAS 41  keatas industri sawit.  Berikutan dari itu, MASB pula telah memanjangkan bantahan ini kepada Lembaga Standad Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standard Board- IASB). Badan antarabangsa ini (IASB) mungkin akan mengambil perhatian terhadap pekara yang dibangkitkan itu. Tetapi, adalah sangat diragukan sama ada IASB  telah mengambilkira dan memberi perhatian yang sewajarnya  terhadap keunikan industri perladangan sawit berbanding dengan aktiviti pertanian yang lain.  Pada hemat industri sawit, IAS 41 dijangka akan lebeh memberi faedah kepada pihak  pelabur  dan syarikat diluar negara; tetapi kurang sekali  memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap impak sosio ekonomi kepada  industri perladangan di negara membangun.
Isu mengenai IAS 41 juga telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kumpulan Sawit Indonesia Malaysia  (Indonesia-  Malaysia Palm Oil  Group - IMPOG) pada 7 Ogos 2010 di Jakarta.  IMPOG adalah satu kumpulan yang terdiri dari persatuan pengeluar minyak sawit di Malaysia dan Indonesia yang dianggotai oleh GAPKI, MPOA, APIMI, SOPPOA, FELDA, NASH dan APKSINDO. Ianya membincang pelbagai isu yang dihadapi bersama oleh industri sawit  untuk  menentukan pendirian bersama  oleh dua negara  dalam  pekara seperti kemapanan, pelepasan dan stok karbon dan tanah gambut. Ini merupakan usaha untuk memelihara kedudukan dan kepentingan pengeluar sawit dalam menghadapi cabaran pasaran dan isu teknikal yang  muncul dari masa ke semasa.  
Apabila sistem perakaunan yang diamalkan sekarang oleh industri perladangan sawit  ditukar dari perakaunan kos sejarah (Historical Cost Accounting-HCA) kepada Perakaunan Nilai Saksama (Fair Value Accounting-FVA), laporan kewangan yang berlainan akan dikeluarkan. Perubahan ini  akan memberi kesan kepada  cara pengurusan kewangan, dividen, cukai, pelaburan dan pinjaman disamping terdapat juga implikasi keatas perakaunan kreatif dan pemalsuan sehingga menjejas kemapanan ekonomi  industri perladangan sawit.
Dalam sistem perakuan perladangan sawit sekarang, tiada keuntungan  dapat dihasilkan dalam  tahun awal  kerana sebahagian besar pengeluaran buah sawit  akan diperolehi  dimasa hadapan apabila pokok sawit meningkat matang. Disebaliknya, pendekatan perakauanan nilai saksama (FVA) akan menunjukkan keuntungan luar biasa pada awal tahun mula beroperasi; walaupun pulangan sebenarnya masih rendah. Berikutan dari itu, keuntungan yang dikira  akan menjadi kurang di tahun tahun hadapan  ketika hasil buah sawit  akan bertambah. Justeru itu, pendekatan ini akan mengubah keadaan sebenar nya dan tidak memberi gambaran  realiti pasaran .
Oleh kerana urusniaga jual beli  bagi hartanah ladang tidak begitu aktif dan tidak dapat  diadakan harga  pasaran mutakhir,  perakauanan nilai saksama (FVA) telah menggunakan  pendekatan Aliran Tunai Diskaun ( Dicsount Cash Flow – DCF). Ianya  mengiktiraf aliran pendapatan yang akan dijana oleh harta biologi sepanjang hayat ekonominya tetapi nilai semasanya ( present value) adalah lebeh rendah setelah didiskaunkan.   Untuk mengira nilai pendapatan masa depan mengikut pendekatan Aliran Tunai Diskaun (DCF), ianya memerlukan maklumat terperinci  mengenai keluasan tanaman, profil usia pokok, hasil mengikut kawasan, trend hasil lalu, harga pasaran buah sawit, kadar diskaun dan nilai harta biologi. Oleh kerana itu, nilai harta biologi dan keuntungan syarikat akan bergantung kepada andaian  yang digunakan dan perubahan yang berlaku bagi maklumat ini. Sementara itu, taksiran nilai ladang secara berkala terpaksa dibuat dengan lebeh kerap lagi untuk persediaan laporan kewangan.
Nilai harta biologi dalam perladangan adalah satu penilaian  yang subjektif yang dibuat keatas nilai saksama nya  kerana terdapat perbedaan kadar diskaun, unjuran hasil, paras harga dan lain lain lagi. Justeru itu, anggaran nilai harta  yang akan diperolehi adalah berbeza dan kekerapan penilaian yang terpaksa dilakukan akan menambah kos operasi ladang. Akibahnya industri perladangan sawit  bukan sahaja  akan menghadapi keadaan turun naik yang kencang bagi harga  komoditi  tetapi terdapat juga perubahan besar bagi  nilai ekuiti syarikat perladangan sendiri.
Sekolah Perniagaan di Universiti Oxford ( University of Oxford Business School) banyak  terlibat dalam perbincangan mengenai pelaksanaan IAS 41  dan sangat bimbang  terhadap  implikasi IAS 41 ini kerana terdapat banyak isu kontroversial yang berbangkit  darinya tetapi tidak dibincang atau diselesaikan masalah berkenaan.  Mengikut Prof. Tome Suzuki dari Universiti Oxford, pendekatan  perakaunan ini adalah serupa dengan  pendekatan yang digunakan oleh Syarikat Enron di USA  dan pelaksanaan nya akan menganggu dasar mengenai tadbir urus korporat (corporate governance), percukaian, dividen dan juga pendekatan perniagaan dalam  industri minyak sawit.
Dewasa ini, Universiti Oxford sedang membuat penyelidikan  mengenai  kesan lanjut dari IAS 41 keatas industri perladangan. Kedudukan Universiti Oxford yang bersikap serious, berkecuali dan mematuhi keluhuran akademiknya akan dapat membantu industri perladangan sawit di negara membangun seperti Malaysia dan Indonesia untuk mencabar peraturan perakaunan  IAS 41 dan tidak menerima nya bulat bulat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar